Janji Kerajaan BN adalah kenyataan bukan retorik - Najib

Tuesday, January 30, 2018

Janji Kerajaan BN adalah kenyataan bukan retorik - Najib

Janji Kerajaan BN adalah kenyataan bukan retorik - Najib

KUALA SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak berkata, agenda menaik taraf kehidupan masyarakat India tidak boleh dilakukan sehari dua, sebaliknya memerlukan usaha berterusan.

Perdana Menteri berkata, dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah tidak akan menjanjikan sesuatu yang syok sendiri atau retorik untuk keseronokan sementara, semata-mata untuk meraih populariti.

"Apa yang kita mahukan ialah semua masyarakat India dapat menikmati hasil untuk jangka panjang. Usaha menaik taraf kehidupan masyarakat India ialah satu usaha yang dibuat setiap masa serta konsisten.

"Ia bukannya percaturan politik seperti yang dimainkan pihak tertentu. Janji Kerajaan BN bukan omong kosong, tetapi adalah sebuah kenyataan," katanya.

Beliau berucap selepas mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, di sini, sempena perayaan Thaipusam yang disambut di seluruh negara hari ini.

Hadir sama Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Pengerusi kuil, T Mogana Sundram dan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Dalam pada itu, Najib turut mengajak masyarakat India bekerja bersamanya serta terus menyokong barisan kepemimpinan negara.

"Kita melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah dihadapi masyarakat India. Kita memahami kehendak masyarakat India.

"Seperti kewujudan dan pembangunan kuil, ia adalah tonggak masyarakat India. Saya jamin kebebasan beragama, kita hormat semua agama," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment