Kesiapsiagaan Umno berada ditahap tertinggi
KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan Umno di semua peringkat bagi berhadapan PRU14 kini berada di tahap tertinggi berdasarkan laporan jawatankuasa pengurusan parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat berpuas hati dengan prestasi itu dan mengharapkan ia berterusan sehingga PRU14 bermula.
âMesyuarat hari ini mengambil maklum beberapa perkembangan terkini terutamanya arahan supaya parti tingkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU akan datang dan ia sememangnya mendapat sambutan yang positif daripada semua peringkat termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
âSaya amat berpuas hati kerana tahap kesiapsiagaan Umno berada di tahap yang lebih tinggi hari ini. Mudah-mudahan kesungguhan ini akan diteruskan sehingga apabila Parlimen dibubarkan nanti,â katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semalam.
Beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datoâ Onn sebentar tadi yang turut sama dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada masa sama, beliau berkata, mesyuarat yang sama turut mengambil maklum tentang keadaan semasa negara yang dilihat lebih positif.
âSuasana ekonomi negara kini menunjukkan berlakunya pengukuhan ringgit, kadar pertumbuhan yang tinggi, bursa saham yang berada diparas tertinggi dalam tempoh tiga tahun , kadar inflasi yang rendah dan juga kadar pengangguran dalam sekitar empat peratus.
âIni menunjukkan bahawa dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan hari ini telah membuahkan hasil yang menggalakkan sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap bisnes dan konsumer seperti mana yang dilaporkan di akhbar hari ini (semalam),â katanya.
Beliau berkata, pencapaian tersebut jauh lebih baik jika dibandingkan dengan prestasi pembangkang pada ketika ini.
âKita berpuas hati dengan keadaan Umno dan BN dan jika dibandingkan dengan pembangkang, apa yang berlaku sehari dua ini menunjukkan mereka ârapuhâ secara dalaman.
âKeadaan itu sepatutnya tidak memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kewibawaan mereka untuk menjamin kestabilan politik negara apatah lagi kemampuan mereka untuk melaksanakan agenda transformasi yang besar pada negara kita,â katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh PRU14, Najib menjangkakan ia bakal berlangsung pada Jun atau lebih awal.
âPada Jun depan Parlimen secara automatiknya sudah bubar, jadi kita lihat sama ada kita akan tunggu sehingga Jun atau kita buat lebih awal. Saya tunggu ilham fikir dan pilih masa yang sesuai,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment