Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu warga Indonesia, Siti Aisyah, yang juga tertuduh pertama kes pembunuhan lelaki warga Korea, Kim Chol atau didakwa abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam menerima bayaran RM400 untuk membuat lakonan mengenakan seseorang (prank).
Bayaran itu diterima Siti Aisyah daripada lelaki dikenali sebagai James sebaik wanita itu selesai membuat tiga babak lakonan prank yang rakaman itu akan dimuat naik di laman YouTube.
Lakonan prank dilakukan tertuduh pertama terhadap tiga individu itu dirakamkan di kolam air pancut di pintu masuk kompleks beli-belah Pavillion pada 5 Januari tahun lalu.
Perkara itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng mewakili Siti Aisyah yang menyoal balas saksi kesembilan pendakwaan, Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40.
Menjawab soalan Gooi, Wan Azirul Nizam bersetuju Siti Aisyah dibayar wang RM400 untuk melakonkan babak prank itu, namun pegawai polis berkenaan menjawab tidak tahu dengan butiran lanjut berhubung lokasi dan sama ada terdapat tiga rakaman prank.
Dalam perkembangan sama, Wan Azirul Nizam juga bersetuju Siti Aisyah menggunakan RM100 daripada wang yang diserahkan itu untuk dibayar kepada pemandu teksi dikenali sebagai Kamaruddin Masiod atau John, iaitu individu yang memperkenalkan Siti Aisyah kepada James.
Selain itu, saksi juga bersetuju Kamaruddin kali pertama menghampiri Siti Aisyah di Beach Club, Kuala Lumpur jam 3.30 pagi ketika tertuduh menunggu teksi, bagaimanapun Wan Azirul Nizam tidak dapat memastikan tarikh kejadian.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment