Warga Pakistan gagal rasuah polis
KUALA TERENGGANU â" Seorang lelaki berketurunan Pakistan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan cuba merasuah anggota polis di kawasan ladang Padang Kubu, Kemaman pada 8 Januari lalu.
Tertuduh, Zeb Gulab, 24, hanya tunduk dan sekali skala kelihatan memejamkan mata di kandang tertuduh sepanjang pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.
Sejurus pengakuan direkodkan, hakim menetapkan tertuduh dihukum denda sebanyak RM10,000 dan penjara sebulan bermula tarikh tangkapan.
Berdasarkan pertuduhan, Zeb Gulab didakwa melakukan kesalahan dengan cuba memberi rasuah RM200 kepada Lans Koperal Sebri Shukri supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahannya yang gagal mengemukakan lesen memandu ketika menunggang motosikal jenis Honda EX5.
Tertuduh juga didakwa menawarkan wang itu sebanyak tiga kali kepada pengadu termasuk berkata âBoss, settle sinilah. Saya kasi duit minumâ namun wang yang dihulurkan ditepis oleh lans koperal terbabit.
Disebabkan tertuduh berdegil dan masih menawarkan wang selepas ditepis, anggota polis terbabit bertindak menyoal siasat serta merampas pasport, beg silang dan motosikal yang ditunggang.
Kesalahan yang didakwa dilakukan kira-kira jam 8.30 malam itu bagi tujuan melepaskan diri daripada tindakan undang-undang di bawah Seksyen 58 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Tertuduh kemudiannya ditahan kira-kira jam 2 petang di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kemaman pada 9 Januari lalu.
Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) SPRM, Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Manakala Zeb Gulab yang diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh turut ditemani bapa saudaranya, Nawab Amir yang juga berperanan sebagai jurubahasa ketika kes itu dibicarakan di mahkamah.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment