Agih baki bekalan makanan

Tuesday, January 30, 2018

Agih baki bekalan makanan

Agih baki bekalan makanan

KAMPUNG KEPAH - Bekalan makanan keperluan harian yang masih berbaki di pusat pemindahan banjir boleh diagihkan kepada penduduk setempat dari terus disimpan sehingga rosak atau tamat tarikh luput.

Adun Telemong, Datuk Rozi Mamat berkata, perkara itu (agih bekalan makanan) juga sudah pun diputuskan kerajaan negeri dan ia secara tidak langsung dapat elak berlakunya pembaziran selain dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Menurutnya, mana-mana pusat pemindahan dalam Dun Telemong ini yang masih ada bekalan makanan keperluan harian yang tidak habis digunakan sewaktu banjir baru-baru ini boleh digunakan.

"Bentuk agihan terpulang kepada masing-masing sama-ada diberi kepada ketua keluarga atau diadakan gotong-royong kenduri atau jamuan rakyat di peringkat kampung.

"Agihan tidak seharusnya kepada mangsa terlibat banjir sahaja," katanya.

Malah katanya, pusat pemindahan banjir yang tidak dibuka juga boleh berbuat demikian.

"Jika makanan terus disimpan nanti rosak. Kalau banjir lagi selepas ini, kita hantar bekalan makanan lain pula.

รข€œKerajaan negeri sudah putuskan perkara ini, namun terpulang kepada Yang Berhormat di kawasan terlibat," katanya.

Tambahnya, bagi Dun Telemong, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan mengagihkannya.

"Jumlah pusat pemindahan banjir dalam Dun Telemong kira-kira 20 buah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Penyerahan Bantuan Banjir Peserta-peserta Felcra Berhad Bukit Kesing, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Timur, Zulkifli Sidik dan pada majlis itu seramai 155 peserta daripada empat projek di bawah Felcra Berhad Bukit Kesing menerima bantuan banjir berupa barangan keperluan harian bernilai RM100 seorang.

Sementara itu, Zulkifli memaklumkan bayaran tuntutan insurans banjir bagi 2016 lalu hampir RM685,000 membabitkan 246 peserta dan untuk musim tengkujuh baru-baru ini pihaknya masih menunggu laporan penuh anggaran kerugian dialami.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment