5 mangsa 'kopi pitam'

Wednesday, January 31, 2018

5 mangsa 'kopi pitam'

5 mangsa 'kopi pitam'

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang merekodkan lima mangsa, termasuk dua lelaki yang pitam semalam, selepas minum sejenis kopi campuran segera, di sini.

Pengarah JKN Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata semua mangsa mengalami gejala yang sama selepas minum kopi berkenaan, dengan kes pertama direkodkan Sabtu lalu.

"Tiga mangsa terdahulu turut dirawat di wad Hospital Pulau Pinang (HPP), dan sudah dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

"Kita juga sudah mengambil sampel darah semua mangsa dan juga sampel kopi itu untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dr Wan Mansor berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kopi campuran segera itu adalah jenis tiruan yang dijual di pasaran terbuka.

"Terlalu awal untuk kita simpulkan ia adalah tiruan atau tidak. Bagaimanapun, kita berharap orang ramai dapat berhati-hati dengan semua makanan yang dibeli," katanya.

Semalam, dua lelaki dikejarkan ke Unit Kecemasan HPP akibat pitam selepas minum sejenis kopi campuran segera.

Video dua lelaki berkenaan yang mengalami simptom lemah dan letih keterlaluan selepas minum kopi berkenaan turut tular di laman sosial.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment