Brunei umum Kabinet baharu
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mengumumkan senarai baharu barisan Menteri Kabinet negara pengeluar minyak itu, semalam.
Menerusi pengumuman di Istana Nurul Iman, di sini, baginda masih memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Anakanda baginda yang juga Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pula dilantik sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Laila Utama Awang Isa dilantik sebagai Penasihat Khas baginda bertaraf Menteri dan turut memangku jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .
Datuk Seri Setia Dr Awang Abu Bakar Apong pula dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, manakala Datuk Paduka Seri Setia Awang Badaruddin Awang Othman menjawat jawatan Menteri Ehwal Agama.
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan disandang Datuk Seri Setia Awang Ali Apong; Menteri Pertahanan II Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Seri Awang Halbi Md Yusof dan Menteri Kesihatan, Datuk Paduka Dr Awang Md Isham Jaafar.
Datuk Seri Paduka Awang Abdul Mokti Mohd Daud pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Paduka Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah sebagai Menteri Kewangan II.
Jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II pula disandang Datuk Seri Paduka Awang Erywan Pekerma Jaya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment