Proses ketum di gerai tomyam

Tuesday, January 30, 2018

Proses ketum di gerai tomyam

Proses ketum di gerai tomyam

KUALA LUMPUR - Sebuah gerai makan tomyam yang terletak di Keramat Wangsa, di sini, disyaki menjadi tempat memproses dan menjual ketum diserbu polis.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar dalam serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 4.15 petang hasil maklumat dan risikan telah menahan tiga lelaki berusia 30 hingga 38 tahun.

"Pemeriksaan menemui 148 bungkus plastik disyaki berisi air ketum serta 45 botol disyaki ubat batuk

"Dianggarkan kesemuanya bernilai RM1,500. Wang tunai berjumlah RM1,230 turut dirampas," katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati salah seorang suspek merupakan warga Thailand.

Katanya lagi, ujian air kencing dan semakan rekod terhadap ketiga-tiga suspek bagaimanapun negatif. Bagaimanapun, pihaknya percaya suspek ini mempunyai kaitan dengan geng Ayah Non yang telah ditangkap awal Januari lalu.

"Siasatan mendapati suspek telah aktif sejak enam bulan lalu dengan menjual RM10 untuk sepeket air ketum.

"Suspek direman empat hari sehingga Jumaat dan Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment