Tidak tahan lagi menjadi mangsa kecaman hingga mengaitkan penyakit yang dihadapinya, Elyana meluahkan rasa geram di Instagram. Menerusi Insta story, Elyana yang sedang berang meminta individu yang kurang ajar agar tidak mengikutinya di laman sosial.

BACA: Elyana: Saya Masih Kuat, Boleh Bekerja Sendiri



Sehingga kini sejak mengumumkan tentang kondisi penyakitnya, Kanser Limfoma, ramai sering mempersoalkan penampilan Elyana yang masih tidak bertudung. Kadang kala kenyataan mereka itu agak kasar hingga mengguris hati orang hanya kerana niat ingin menegur.

Jelas Elyana sebagai manusia biasa juga masing-masing ada tahap kesabarannya. Lebih baik mendoakannya daripada berkata-kata tapi mengguris hari orang lain hingga diri sendiri pula berdosa. (rtky/w)