Jiran asyik tanya bila nak kahwin, mati dibunuh

Wednesday, January 31, 2018

Jiran asyik tanya bila nak kahwin, mati dibunuh

Jiran asyik tanya bila nak kahwin, mati dibunuh

GARUT - INDONESIA. Seorang lelaki membunuh jiran wanitanya yang hamil kerana mangsa selalu menggesa suspek untuk segera bernikah.

Laporan Tribun Jogja melaporkan Faiz Nurdin, 28 sedang duduk di hadapan rumahnya ketika didatangi Aisyah, 32 sebelum kejadian.

Kata polis, Aisyah dipercayai mengungkapkan sesuatu yang menyakitkan hati suspek.

"Motifnya sakit hati kerana mangsa selalu menyuruh suspek segera menikah kerana teman-teman sebaya suspek sudah mempunyai anak," kata pegawai polis, Budi Satria Wiguna.

Selanjutnya, suspek berpura-pura melawat rumah mangsa sebelum mencekik mangsa sehingga mati di bilik tidurnya.

Kejadian tersebut berlaku 18 Januari lalu dan masih disiasat polis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment