Dzawin semakin diterima peminat Malaysia
PELAWAK Indonesia, Dzawin Nur Ikram, 27, atau lebih mesra disapa Dzawin mengakui kini sering berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia kerana tuntutan kerja.
Jika sebelum ini tumpuan hanya di negara kelahirannya, namun selepas mendapat tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega 2017, Dzawin banyak menerima tawaran di Malaysia.
Kata Dzawin, jika tidak terikat dengan aktiviti di Malaysia, dia akan berada di Indonesia meneruskan rutin biasanya seperti persembahan komedi, menulis skrip untuk filem pendek dan sebagainya.
âBagaimanapun sejak akhir-akhir ini memang tidak dinafikan saya banyak berada di Malaysia kerana terlibat dalam beberapa program dan persembahan di sini termasuklah program Gegar Lawak yang sudah memulakan siarannya semenjak dua minggu lalu,â katanya yang kini mempunyai ramai peminat di Malaysia.
Penglibatan Dzawin dalam Gegar Lawak yang memulakan siaran pengenalannya pada 19 Januari lalu adalah sebagai rakan komedi yang bertindak membantu peserta solo membuat persembahan.
âKami tidak membantu mereka membuat material persembahan, sebaliknya hanya berkongsi pendapat tentang cara mereka mahu melaksanakan idea itu misalnya berkait struktur komedi, punchline dan sebagainya.
âSaya seronok untuk terlibat dengan program seperti ini kerana dapat melakukan perkongsian ilmu dengan orang lain secara tidak langsung.
âDisebabkan terikat dengan program ini saya mungkin berada agak lama di Kuala Lumpur, namun masih pulang ke Jakarta jika ada keperluan kerjaya seni di sana,â katanya.
Ditanya tidakkah dia berhasrat berhijrah dan mengembangkan kerjaya seni sepenuhnya di Malaysia, kata Dzawin, dia hanya akan berbuat demikian apabila mendapat peluang atau tawaran yang meyakinkan.
âSaya anak keturunan Sumatera yang memang biasa merantau ke mana sahaja jika keadaan atau tujuannya memerlukan kami berbuat demikian. Saya tidak kisah lokasinya di mana, kalau tawaran kerjanya mampu menjamin, saya akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian.
âSaat ini peminat di Malaysia lebih mengenali saya sebagai ahli komedi, namun saya sebenarnya dalam usaha mencari peluang untuk mengembangkan bakat menulis (skrip) di sini kerana ia juga menjadi sebahagian daripada apa yang saya lakukan sebelum ini,â luahnya.
Dalam pada itu, Dzawin yang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2014 ini mengakui seronok bekerja di Malaysia kerana merasakan lebih dihargai.
âMungkin di negara saya itu artisnya begitu ramai sehingga mereka tidak berkesempatan untuk berbuat demikian pada setiap satunya.
âSaya merasakan ia sedikit berbeza di sini apabila peminat menerima kita dengan sebaiknya, malah begitu menghargai insan seni.
âSebenarnya apresiasi itu penting untuk yang bergelar seniman kerana ia mampu memberikan satu perasaan istimewa buat mereka atas sumbangan yang dilakukan pada karya,â katanya yang turut tidak menolak jodoh dari Malaysia.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment