Penganggur dicekup dengan straw berisi dadah

Wednesday, January 31, 2018

Penganggur dicekup dengan straw berisi dadah

Penganggur dicekup dengan straw berisi dadah

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dicekup dengan rampasan 34 tiub straw disyaki berisi dadah jenis heroin dan sepaket plastik dadah methamphetamine.

Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sebuah flat di Bandar Tun Razak, di sini.

etua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kesemua rampasan ditemui disembunyikan dalam dompet kecil dalam seluar pendek yang dipakak lelaki berusia 47 tahun itu.

"Ujian air kencing terhadap suspek yang memiliki rekod kesalahan lampau dadah ini didapati positif dadah.

"Suspek kini direman untuk siasatan lanjut bagi mengesan pembabitannya dalam kegiatan dadah," katanya.

Beliau berkata, dipercayai suspek memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki tempatan di kawasan Jalan Imbi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment