Restoran bantu pendidikan anak Rohingya

Wednesday, January 31, 2018

Restoran bantu pendidikan anak Rohingya

Restoran bantu pendidikan anak Rohingya

SHAH ALAM - Pengusaha Restoran Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor wajar dijadikan contoh buat pengusaha restoran lain apabila prihatin dengan nasib anak-anak pelarian Rohingya di Kem Balukhali, Cox's Bazar, Bangladesh.

Pemiliknya, Zaihasri Jaafar berkata, selama seminggu melancarkan kempen kutipan untuk tabung ini sambutannya amat luar biasa.

"Setiap 10 sen dari hasil jualan selama seminggu kami salurkan ke tabung SINAR4ROHINGYA kelolaan akhbar Sinar Harian dan kami dapat mengumpul RM1,000," katanya.

Menurutnya, sumbangan ini akan disalurkan kepada tabung pendidikan kerana hanya pendidikan dapat mengubah kehidupan sesebuah masyarakat.

"Saya menyeru semua pengusaha restoran dan rakyat Malaysia agar terus membantu anak-anak pelarian ini  dan sekali gus kita boleh menjadi rakyat Malaysia yang prihatin dengan kepayahan penduduk dunia," katanya.

Untuk itu, teruskan menyumbang di Tabung SINAR4ROHINYA menerusi akaun Maybank (503033634355) Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Bantulah atas nama kemanusiaan, bantulah atas nama agama dan bantulah atas nama keikhlasan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment