Enam lelaki belasah penguatkuasa DBKL

Wednesday, January 31, 2018

Enam lelaki belasah penguatkuasa DBKL

Enam lelaki belasah penguatkuasa DBKL

KUALA LUMPUR - Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai berang dengan tindakannya yang mengunci tayar sebuah kenderaan di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.02 petang, penguatkuasa berusia 20 tahun itu telah mengunci tayar kereta terbabit kerana memarkir di luar tempat letak kereta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kira-kira 45 minit kemudian, mangsa mendapati pengunci tayar tersebut telah tiada.

"Penguatkuasa terbabit mendapati pengunci pada kereta dipecahkan dan dimasukkan ke dalam kereta tersebut.

"Seterusnya, penguatkuasa bersama rakan yang mewakili sebuah syarikat parkir terbabit telah menghampiri kereta terbabit sebelum tiba-tiba didatangi kira-kira enam lelaki yang bertindak menyerang dan memukul penguatkuasa serta rakannya," katanya.

Beliau berkata, insiden tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa masing-masing mengalami kecederaan kaki dan lutut serta tangan.

Katanya, malah telefon bimbit jenis Samsung J3 turut dilarikan oleh kumpulan lelaki terbabit.

Susulan itu, bertindak atas maklumat dan risikan, polis telah menahan dua lelaki berusia 46 dan 75 tahun di Jalan Genting-Klang, di sini, kelmarin.

"Beberapa barang telah dirampas antaranya anak kunci, notis pemakluman kapit tayar, notis kesalahan kompaun dan telefon bimbit," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment