Polis Perak beri jaminan keselamatan perayaan Thaipusam

Monday, January 29, 2018

Polis Perak beri jaminan keselamatan perayaan Thaipusam

Polis Perak beri jaminan keselamatan perayaan Thaipusam

IPOH â€" Polis Perak memberi jaminan keselamatan sepanjang sambutan perayaan Thaipusam dengan menempatkan lebih 1,000 anggota bertugas di seluruh negeri ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) negeri, Senior Asisten Komisioner T Selven berkata, tahun ini, sambutan berkenaan diraikan di 25 lokasi di seluruh Perak dan secara besar-besarannya disambut di Ipoh, Sungai Siput dan Manjung.

Menurutnya, polis menerusi JPJKK telahpun memulakan tindakan pencegahan jenayah sejak seminggu lalu di beberapa lokasi dan setakat ini, tiada sebarang ancaman diterima yang boleh menggangu gugat perayaan dijalankan.

“Di Ipoh sahaja, seramai 514 anggota ditempatkan menjaga keselamatan awam, turut disediakan tiga balai bergerak masing-masing di tapak Gunung Cheroh, Padang Ipoh dan di kawasan perumahan Waller Court. Jadi orang ramai tidak perlu khuatir,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Kuil  Arulmigusubramania di Gunung Cheroh, di sini, hari ini.

Meskipun Hari Thaipusam disambut seluruh negara, esok namun pekarangan kuil terbabit  

mula dikunjungi masyarakat kaum India yang tinggal di sekitar bandar raya ini, sejak jam 6 pagi lagi.

Gerai-gerai menjual makanan, pakaian dan peralatan keagamaan turut mula beroperasi dan menjadi tumpuan pengunjung.

Selven berkata, beberapa jalan di bandar raya Ipoh mula ditutup secara berperingkat, hari ini bagi memberi laluan persediaan sambutan dilakukan.

Antara laluan terlibat adalah Jalan Raja Musa Aziz ke Bulatan Hospital dan Jalan Dato Ahmad Said, Jalan Datuk Onn Jaafar ke Jalan Foo Yet Kai dan Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ke Jalan Dato Sagor dan Jalan Maharajalela.

Katanya, bagi mengelak kesesakan lebih ketara, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan shuttle yang ditempatkan di Padang Ipoh dan Stadium Perak, esok bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Kita minta orang ramai memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan ditetapkan, paling penting tidak terlalu leka meraikan perayaan, meskipun anggota kita ada, keselamatan tetap menjadi tanggungjawab sendiri,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment