Dimsum, Etika tawar langganan percuma

Monday, January 29, 2018

Dimsum, Etika tawar langganan percuma

Dimsum, Etika tawar langganan percuma

DIMSUM, perkhidmatan langganan video atas permintaan (VOD) menjalin kerjasama dengan Etika Sdn Bhd untuk menawarkan langganan percuma sehingga 12 bulan menonton rancangan dan filem Asia yang tidak terhad apabila mereka membeli minuman dipilih.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim berkata, langganan percuma tersebut diberikan sehingga 31 Mac ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

"Dimsum memberikan langganan percuma selama dua bulan, enam bulan atau sehingga 12 bulan dengan pembelian Pepsi, Revive Isotonic, 7UP, Kickapoo (330ml x 24) atau Tropicana Twister pek berkembar.

"Pelanggan boleh membeli minuman terpilih tersebut untuk mendapatkan kod promo dimsum di pasar raya besar seperti Giant, Aeon Big, Aeon, Tesco, Mydin, Billion, Econsave dan The Store.

Menurutnya, tawaran dimsum itu juga merupakan sebahagian penghargaan syarikat kepada pelanggannya untuk menikmati lebih akses video.   

"Pelanggan yang telah membeli minuman terpilih, boleh layari www.dimsum.my untuk daftar dan menebus kod promosi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment