Kerajaan pusat jangan rendahkan tanggungjawab negeri
KOTA BHARU - Kerajaan pusat seharusnya menghormati semangat federalisma dan tidak merendahkan pimpinan negeri terhadap tanggungjawab yang sememangnya perlu dilaksanakan kerajaan pemerintah.
Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, tidak timbul isu âtampunganâ kerajaan pusat ke atas defisit Kelantan, sebaliknya ia merupakan peruntukan wajib Kerajaan Persekutuan kepada semua negeri.
âSetiap tahun, sebenarnya Kelantan mempunyai pendapatan anggaran RM900 juta yang dinafikan pusat iaitu bayaran tunai (Royalti) terhadap pengeluaran petroleum di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.
âSebab itu jangan ungkit peruntukan untuk kita. Sebab kita bayar pelbagai cukai, cukai pendapatan, cukai GST, cukai jalan, cukai perniagaan, cukai lapangan terbang dan banyak lagi yang saya amat yakin ianya jauh lebih besar daripada apa yang diberikan,âkatanya.
Menurutnya, tanggungjawab kerajaan pusat terhadap negeri adalah sama, tidak kira negeri tersebut ditadbir oleh siapa, dan itu adalah satu amanah yang perlu dipikul sebagai ketua pentadbiran negara.
Beliau berkata, hak rakyat perlu didahulukan, daripada menjadikan isu-isu pembangunan dan peruntukan kewangan sebagai isu untuk menarik pancingan undi.
âKembalikan hak kami, terutamanya isu royalti. Apa pun berlaku, kami tetap pertahankan perjuangan ini, untuk generasi akan datang. Sampai bila hak ini akan dinafikan?,âkatanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment