Dicekup ketika panjat pagar rumah

Tuesday, January 30, 2018

Dicekup ketika panjat pagar rumah

Dicekup ketika panjat pagar rumah

KLANG - Hasrat seorang lelaki disyaki untuk memecah masuk rumah terbantut apabila dicekup unit kereta peronda (MPV) polis dalam kejadian di Jalan Sementa Utama 2, Taman Sementa Utama di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, tangkapan kira-kira jam 5 petang dilakukan ketika rondaan dilakukan unit MPV yang melihat seorang lelaki berusia 47 tahun sedang memanjat pagar sebuah rumah.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, lelaki berkenaan cuba melarikan diri hingga berlaku pergelutan antara anggota dengan suspek.

"Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap dan pemeriksaan menemui satu pemutar skru dan pemotong besi.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai empat jenayah rekod lampau berkaitan dadah, pemerasan dan ceroboh," katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga esok bagi menyiasat penglibatkan suspek dalam kes-kes pecah rumah.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment