Imam meninggal dunia ketika ketuai solat Zuhur

Tuesday, January 30, 2018

Imam meninggal dunia ketika ketuai solat Zuhur


Allahyarham Mohamad Hashim Kechik, 78, yang merupakan imam satu di masjid tersebut menghembuskan nafas terakhir ketika menunaikan solat pada rakaat ketiga di hadapan lebih tujuh jemaah.

Salah seorang jemaah, Syamsul Ab. Rahman berkata, sebelum kejadian arwah duduk di antara dua sujud dan bersedia untuk bangun bagi meneruskan rakaat keempat.

"Saya nampak arwah tekan tangannya di sejadah untuk bangun namun dia tidak berupaya lalu beristighfar sebanyak tiga kali sebelum terus memberi salam.

"Kemudian beberapa jemaah bertindak membaringkan imam di atas riba seorang jemaah lain, namun dalam beberapa minit sahaja nafasnya terhenti," katanya kepada ditemui di masjid itu petang ini.

Pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal tiba kira-kira pukul 1.45 petang dan mengesahkan Mohamad Hashim telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah Mohamad Hashim dibawa pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment