SEC siasat Apple Inc

Wednesday, January 31, 2018

SEC siasat Apple Inc

SEC siasat Apple Inc

JABATAN Keadilan, dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) sedang menyiasat sama ada Apple Inc melanggar undang-undang sekuriti berhubung pendedahan bahawa ia melambatkan model peranti iPhone lama dengan masalah bateri, lapor Bloomberg pada Selasa.

Kerajaan telah meminta maklumat daripada syarikat tersebut, kata Bloomberg memetik sumber dalaman.

Pengerusi jawatankuasa Senat AS yang memantau isu-isu perniagaan meminta Apple untuk menjawab soalan mengenai pendedahannya, lapor Reuters bulan ini.

Apple bagaimanapun tidak memberi sebarang respons berhubung tuntutan itu, manakala wakil SEC dan Jabatan Kehakiman enggan mengulas.

Disember lalu, Apple mengakui bahawa perisian iPhone boleh melambatkan beberapa peranti dengan masalah bateri.

Bateri litium yang sudah lama memberikan kuasa tidak sekata, yang boleh menyebabkan iPhone terpadam secara automatik untuk mengelakk komponen daripada terbakar.

Susulan itu, Apple telah mengemukakan permohonan maaf kepada pengguna atas pengendalian isu berkenaan dan menurunkan harga bateri gantian baharu iPhone dari AS$79 (RM322) kepada AS$29 (RM118).

Pengguna setakat ini telah memfailkan 50 tindakan undang-undang ke atas syarikat gergasi dunia itu.

Mereka mendakwa syarikat itu menipu pengguna untuk mempercayai bahawa telefon mereka semakin perlahan dalam usaha memujuk mereka membeli model peranti iPhone yang baharu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment