Seakan tidak sabar mahu menunggu sebulan lagi, Papagomo mendesak pihak Jabatan Pendaftaran Negara pula apabila sebuah video lama yang kembali viral mengenai kad pengenalan palsu Nur Sajat yang berstatus perempuan.

BACA: “Kemaluan Tak Tentukan Jantina Seseorang”



Dalam video yang dirakam, Papaomo menghubungi pihak JPN untuk membuat aduan serta penjelasan mengenai tindakan Sajat yang didakwa membeli kad pengenalan palsu, sekaligus memburukkan nama jabatan tersebut.

Bagaimanapun perbualan itu tidak kemana, apabila pegawai JPN meminta untuk menyiasat tentang perkara tersebut terlebih duhulu. Gigih benar nampaknya Papagomo mahu membongkar status jantina Sajat.



Sementara itu Sajat yang tidak tahan diganggu mengenai jantinanya lagi menyifatkan Papgomo seperti haiwan liar yang berkeliaran mencari publisiti murahan. Nampak gayanya memang tidak habis cerita mereka ini, kita tunggu sajalah keputusan dari Jakim nanti. (rtky/w)