OKU hilang selepas keluar rumah Isnin lalu

Tuesday, January 30, 2018

OKU hilang selepas keluar rumah Isnin lalu

OKU hilang selepas keluar rumah Isnin lalu

KUALA KRAI - Seorang lelaki yang juga  Orang kurang upaya (OKU) dipercayai hilang setelah  tidak pulang ke rumahnya  sejak Isnin lalu.

Wan Mohd Roslan Wan Salleh,32,dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Sireh,Kota Bharu untuk mengambil kad pengenalannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa.

Abangnya,Wan Mohd Faisal Wan Salleh,34, berkata pada hari kejadian adiknya memakai baju berwarna biru dan keluar dengan basikal juga berwarna biru.

" Mengikut cerita emak,adik hendak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa untuk mengambil kad pengenalannya.

" Selepas itu dia tidak pulang hingga ke hari ini," katanya yang tinggal di Sungai Pas,dekat sini.

Wan Mohd Faisal berkata,selepas tiga hari   adiknya hilang ,dia mengambil inisitif memuat naik kehilangannya  di  facebook.

"Daripada maklumat diterima adik dikatakan berada di Terengganu.

"Kami ke sana untuk menjejakinya,namun gagal menemuinya," katanya.

Anak ke sembilan daripada 12 beradik itu  berkata,ibunya,Rahmah Sulaiman,67, hilang selera makan  sejak adiknya hilang kerana terlalu bimbangkan keselamatan Wan Mohd Mohd Roslan.

"Lebih membimbangkan kami adik bisu,rabun jauh serta mempunyai masaalah pendengaran.

"Tambahan ketika keluar dia hanya membawa wang tunai RM20," katanya.

Katanya,setelah kehilangan adiknya tular,ada yang memaklumkan melihatnya kali terakhir   di Jalan Bayam,pada petang dia dilaporkan hilang.

Berikutan itu,Wan Mohd Faisal meminta orang ramai yang mengetahui lokasi adiknya berada supaya menghubunginya di talian  017-3073276.

Katanya,selepas adiknya hilang ,satu laporan  telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada 26 Januari lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment