Polis kesan suspek curi motosikal

Tuesday, January 30, 2018

Polis kesan suspek curi motosikal

Polis kesan suspek curi motosikal

KOTA TINGGI - Polis  sedang mengesan suspek terlibat kes curi motosikal yang berlaku Bandar Penawar petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.20 petang di sebuah kedai pusat komputer Jalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar.

Menurutnya, kecurian melibatkan motorsikal Yamaha 125ZR nombor pendaftaran JRH3087 bewarna hitam.

"Kejadian disahkan berlaku dan siasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengesan suspek berkaitan.

"Pihak polis meminta individu berkenaan untuk serah diri kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan.

Terdahulu, rakaman litar tertutup kejadian curi itu tular di Facebook di mana melalui video berdurasi satu minit 12 saat menunjukkan dua suspek lelaki menaiki motosikal berhenti dihadapan kedai berkenaan sebelum salah seorang dari mereka bertindak melarikan motosikal terbabit.

Manakala dalam sebuah lagi rakaman video berdurasi 25 saat menyaksikan suspek yang melarikan motosikal berkenaan sempat meninjau keadaan kawasan kedai itu sebelum melakukan jenayah tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment