Banjir: Sebuah sekolah ditutup di Sarawak

Wednesday, January 31, 2018

Banjir: Sebuah sekolah ditutup di Sarawak

Banjir: Sebuah sekolah ditutup di Sarawak

SIBU: Seramai 64 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bon di sini, diarah bercuti hari ini berikutan banjir melanda kawasan sekitar sekolah itu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata penutupan sekolah itu berikutan jalan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan jalan menuju sekolah berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan.

"Pagi ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ada menyediakan trak untuk mengangkut murid dan guru ke sekolah itu.

"Bagaimanapun, paras air agak dalam menyebabkan operasi itu terpaksa dibatalkan dan sekolah ditutup," katanya.

Difahamkan, banjir mula melanda kawasan terbabit selepas air pasang besar petang semalam.

Keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat menyebabkan air lambat surut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment