ROS zalim terhadap rakyat: Mahathir

Tuesday, January 30, 2018

ROS zalim terhadap rakyat: Mahathir

ROS zalim terhadap rakyat: Mahathir

PETALING JAYA - Tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang 'membisu' mengenai pendaftaran Pakatan Harapan dianggap satu perbuatan zalim.

Ini kerana menurut Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat tidak akan boleh mengundi pemimpin Harapan sekiranya logo dan status Harapan tidak didaftarkan menjelang PRU nanti.

"Sampai sekarang, tidak ada jawapan daripada ROS (mengenai isu pendaftaran Harapan).

"Kita tak tahu sama ada simbol diterima dan parti diiktiraf secara rasmi atau tidak," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Harapan dilaporkan melakukan permohonan pendaftaran kepada ROS pada 24 Julai lalu.

ROS sebelum ini sudah menghantar sepucuk surat pada 2 November lepas berkenaan status pendaftaran tersebut.

Dalam surat berkenaan, ROS memaklumkan permohonan Harapan masih dalam pertimbangan.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.

Mahathir dalam masa sama turut mendakwa ROS sengaja berbuat demikian supaya Harapan menghabiskan masa menumpukan soal pendaftaran dan tidak dapat buat persiapan PRU.

"Saya berpendapat tindakan kerajaan ini adalah penganiayaan kepada rakyat kerana rakyat tidak akan dibenarkan memilih pemimpin yang tidak dapat bertanding.

"Saya anggap tindakan ini amat zalim," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment