Pengundi di Muar tidak undi atas sentimen perkauman

Wednesday, January 31, 2018

Pengundi di Muar tidak undi atas sentimen perkauman

Pengundi di Muar tidak undi atas sentimen perkauman

MUAR - Ahli Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yakin pengundi di Muar tidak mengundi atas sentimen perkauman.

Menurutnya, sentimen perkauman itu wujud dan sengaja diperbesarkan oleh pihak lawan.

"Saya yakin di Muar ni tak wujud trend pengundi sebegitu kerana ia akan merugikan. Banyak kali saya jelaskan di Muar ini masih banyak kedai diusahakan oleh Cina dan makan minum dibuat oleh orang Melayu, itu kelebihan yang ada," katanya.

Sementara itu, beliau berkata langkah Bersatu meletakkan calon PRU14 di Muar bukan halangan besar kerana beliau dan jentera parti sentiasa sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja.

"Bersatu meletakkan calon orang luar dengan dakwaan yang pelbagai. Mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi mahu memanjangkan hayat politik masing-masing.

"Saya tidak akan tinggalkan Muar semata-mata untuk menang besar, saya akan sentiasa bersama rakyat Muar," katanya.  

Razali mengekalkan rekod hat-trick apabila mengekalkan kemenangan sejak PRU11 iaitu pada 2004, selepas mengalahkan Mohamad Taib dari Pas dengan majoriti 13,415 undi dan pada PRU12 iaitu pada 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Nah Budin dengan majoriti 4,661 undi diikuti pada PRU13 beliau sekali lagi mengalahkan calon PKR, Norhizwan Ahmad dengan majoriti 1,646 undi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment