Bayi 8 bulan kritikal dinodai sepupu

Tuesday, January 30, 2018

Bayi 8 bulan kritikal dinodai sepupu

Bayi 8 bulan kritikal dinodai sepupu

NEW DELHI - INDIA.Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan di India dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas didakwa dinodai sepupunya.

Menurut laporan akhbar Times of India, bayi tersebut dibawa ke hospital Ahad lalu dan polis mengesahkan mangsa mengalami kecederaan pada organ pentingnya.

Ketua Suruhanjaya Delhi untuk Wanita, Swati Maliwal berkata, mangsa menjalani pembedahan selama tiga jam.

"Tangisan mangsa yang menyayat hati boleh didengar di unit penjagaan rapi intensif (ICU) hospital. Organ dalamannya cedera teruk," katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila suspek membawa bayi berkenaan ke bilik di tingkat atas rumahnya dengan alasan untuk bermain sebelum menyerang mangsa secara seksual.

Ibu bapa bayi berkenaan yang meminta ibu suspek menjaga anaknya hanya mengetahui tentang kejadian itu selepas pulang dari kerja apabila mendapati bayinya menangis dan berdarah.

Tertuduh menafikan menyerang bayi itu secara seksual, namun tindakannya melarikan diri mengesahkan dakwaan polis.

Dia bagaimanapun berjaya diberkas dan mengaku melakukan jenayah tersebut semasa soal siasat dilakukan. - CNA

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment