Hari keluarga bertukar tragedi

Wednesday, January 31, 2018

Hari keluarga bertukar tragedi

Hari keluarga bertukar tragedi

SUNGAI PETANI รข€" Hari keluarga sebuah jabatan bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak tiga tahun lima bulan ditemui mati lemas ketika mandi di sebuah lokasi tumpuan di sini dalam kejadian 1.55 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, kanak-kanak itu dari Kampung Meribut Mukim Pering, Kodiang ditemui lemas ketika mandi bersama adik-beradik lain di sebuah kolam di sini.

Menurutnya, mangsa telah datang ke pusat rekreasi itu bersama ibu bapa dan empat adik-beradik lain sempena hari keluarga sebuah jabatan.

Difahamkan, ibu bapa mangsa tidak menyedari anak mereka lemas sehinggalah ternampak mangsa diberi bantuan pernafasan oleh petugas keselamatan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment