Kumpulan pelancong didakwa 'hasilkan bahan lucah'

Tuesday, January 30, 2018

Kumpulan pelancong didakwa 'hasilkan bahan lucah'

Kumpulan pelancong didakwa 'hasilkan bahan lucah'

SIEM REAP - CAMBODIA. 10 pelancong berhadapan dakwaan menghasilkan bahan lucah di sebuah parti berhampiran lokasi bersejarah Angkor Wat.

Kata CNN, kumpulan yang terdiri dari lima pelancong Britain, dua pelancong Kanada, seorang pelancong Norway dan seorang warga New Zealand berkenaan berhadapan hukuman penjara setahun jika didapati bersalah.

Polis juga mengedarkan beberapa foto yang menunjukkan kumpulan tersebut meniru posisi hubungan intim ketika parti tersebut berlangsung.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Khie Sopheak menafikan Cambodia tidak mesra pelancong.

"Kami mengalu-alukan kehadiran pelancong tetapi sesetengah dari mereka membuat silap yang bertentangan dengan budaya dan tradisi Cambodia," kata Khieu.

Kesemua pelancong terlibat ditahan Khamis lepas.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment