Masyarakat India perlu terus sokong BN

Wednesday, January 31, 2018

Masyarakat India perlu terus sokong BN


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat India perlu mendukung kerajaan sedia ada supaya bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka.

Ini kerana katanya, kerajaan sedia ada sentiasa komited membantu setiap golongan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

“Inilah indahnya keamanan di negara ini dan ia perlu dipertahankan.

“Kita tutup cerita lama dan tutup buku lama, kalau ada perkara yang tidak bersetuju, kita lupakan sahaja. Kita sokong BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Banyak program khas untuk masyarakat India,“ katanya ketika berucap sewaktu menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada sambutan itu ialah Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur,

Tun Dr. S. Samy Vellu dan Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam Kuala Lumpur, Datuk R. Nadarajah. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment