Teka-teki CEO, Pengurus Kedah terjawab

Wednesday, January 31, 2018

Teka-teki CEO, Pengurus Kedah terjawab

Teka-teki CEO, Pengurus Kedah terjawab

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan Yusni Madeonus Dato Mohd Yunus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula musim 2018.

Anak jati Kedah berasal dari Alor Setar berusia 54 tahun itu merupakan CEO pertama sejak persatuan itu diwujudkan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pemilihan Yusni dibuat berdasarkan pengalaman luasnya di sektor swasta sebelum ini.

Ahmad Bashah turut mengumumkan bekas Penolong Pengurus Kedah 2005-2012, Syed Khairol Anuar Syed Abidin diberi amanah untuk menjawat jawatan Pengurus Kedah 2018.

Syed Khairol Anuar menggantikan Datuk Jeffrey Low Han Chow yang melepaskan jawatan sebelum ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh Ahmad Bashah pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pasukan Kedah 2018 di sebuah hotel di Alor Setar semalam.

Lebih 2,000 penyokong dan tetamu jemputan memeriahkan Majlis tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment