D7 Selangor serbu premis judi dalam talian

Wednesday, January 31, 2018

D7 Selangor serbu premis judi dalam talian

D7 Selangor serbu premis judi dalam talian

SUBANG JAYA: Polis menahan tujuh individu dalam Operasi Judi Dalam Talian di sebuah premis di Jalan Putra Mahkota 7/6A, di sini, malam ini.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, jam 11 malam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman, berkata premis berkenaan didapati beroperasi tanpa sebarang lesen perniagaan.

"Dalam serbuan itu, kita menahan tujuh lelaki terdiri daripada lima pemain lelaki warga tempatan dan dua penjaga premis warga Myanmar.

"Mereka dipercayai menjalankan kegiatan perjudian menerusi telefon bimbit bagi mengelak dikesan polis.

"Turut dirampas, enam unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM187," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norhizam berkata, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment