Dua sungai Terengganu lepasi paras bahaya

Monday, November 27, 2017

Dua sungai Terengganu lepasi paras bahaya

Dua sungai Terengganu lepasi paras bahaya

KUALA TERENGGANU: Dua sungai utama di negeri ini, Sungai Nerus dan Sungai Chalok, Setiu mencatat bacaan pada paras bahaya manakala empat lagi sungai di daerah Hulu Terengganu, Marang dan Besut berada pada paras amaran.

Berdasarkan kemaskini di laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pada jam 11 malam ini, paras air di Sungai Nerus dekat Kampung Langkap, Setiu sudah melepasi paras bahaya 21.50 meter.

Selain itu, paras air Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu juga sudah melepasi paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 8.78 meter iaitu peningkatan sebanyak 0.38 meter.

Tiga lagi sungai yang kini dilaporkan menunjukkan trend peningkatan hingga kepada paras amaran adalah Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang (2.33 meter); Sungai Besut di Kampung La, Besut (20.83 meter); Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut (34.29 meter) dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.99 meter).

Keadaan ini dijangka berterusan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu selain hujan lebat melanda secara kerap melanda di kawasan terbabit sejak kelmarin.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment