Dihalau selepas ditangkap

Friday, September 28, 2018

Dihalau selepas ditangkap



BUKAN sekadar ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), ibu tunggal yang juga penagih turut dihalau tuan rumah sewanya ketika operasi dijalankan agensi itu, semalam.

Wanita berusia 30-an itu antara sembilan penagih berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan penguat kuasa AADK selepas didapati positif dadah dalam operasi bermula 4 petang sehingga 3 pagi tadi.

Ketua AADK Daerah Seremban, Haspalila Husain berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap wanita terbabit di rumah sewanya di Seremban 2, 4.30 petang semalam, sebelum mendapati dia positif dadah jenis syabu.

“Sebaik pasukan kita mahu membawanya ke pejabat AADK, pemilik rumah itu datang dan meminta dia mengosongkan premis itu kerana tidak membayar sewa selama empat bulan.

“Berikutan itu, kami membawa dia bersama dua anak perempuannya berusia sembilan dan 12 tahun ke pejabat AADK. Dia dibebaskan dengan jaminan selepas rakannya datang,” katanya selepas mengetuai operasi itu, hari ini.

Beliau berkata, selain Seremban 2, pihaknya turut melakukan pemeriksaan di Paroi, Ampangan dan Senawang.

Katanya, operasi sedemikian akan dilakukan dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah diminta menyalurkannya kepada AADK.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment