Alliance Bank lancar Projek Impian Eco-Biz 3

Thursday, September 27, 2018

Alliance Bank lancar Projek Impian Eco-Biz 3

Alliance Bank lancar Projek Impian Eco-Biz 3

ALLIANCE Bank Berhad melancarkan Projek Impian Eco-Biz 3 dengan kerjasama Green Technology Malaysia (GreenTech Malaysia) di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), dan organisasi alam sekitar EcoKnights.

Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Alliance Bank, Joel Kornreich berkata, ia merupakan inisiatif program tanggungjawab sosial korporat diadakan selama lima bulan bersama pelajar bertujuan menyediakan platform bagi memupuk usaha usahawan sosial yang akan membangunkan penyelesaian memperbaiki kehidupan masyarakat Malaysia.

Menurutnya, pada edisi kali ini, pelajar dari 20 universiti di seluruh Malaysia bersaing untuk mencadangkan penyelesaian perniagaan yang mantap dan mampan untuk menangani isu alam sekitar, ekonomi atau sosial.

“Tema ini menyentuh mengenai pemulihan dan perlindungan dari koridor Sungai Kerayong di Kuala Lumpur. Pelajar akan mendapat bimbingan dan  intensif dari pelatih dan jurulatih Projek Eco-Biz Dream dalam bidang Perniagaan Model Kanvas, pemikiran reka bentuk, dan inovasi keusahawanan sosial di seluruh projek.

"Latihan akan disediakan Asia School of Business dengan kerjasama Pengurusan MIT Sloan. Kami terus bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk mengenal pasti bidang yang membolehkan Bank menggabungkan pakar industri untuk beri panduan kepada usahawan generasi akan datang,” katanya.

Jelasnya, melalui kerjasama dengan pakar dan penyokong aktif mengenai topik persekitaran dan kemampanan, Eco-Biz Dream Project 3 akan menyampaikan pendidikan bersepadu dan holistik kepada para pelajar.            
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment