Negeri Sembilan lantik 16 pegawai penyelaras Dun

Thursday, September 27, 2018

Negeri Sembilan lantik 16 pegawai penyelaras Dun

Negeri Sembilan lantik 16 pegawai penyelaras Dun

SEREMBAN - Kerajaan negeri telah melantik 16 pegawai penyelaras Dun secara kontrak bagi tempoh dua tahun.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, lantikan tersebut berkuat kuasa bermula 6 Julai sehingga 31 Dismember 2020 dengan bayaran RM3 000 sebulan.

"Pegawai ini bertanggungjawab sebagai penghubung masyarakat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Dun masing-masing.

"Selain itu, tugas mereka juga adalah menerima aduan masyarakat dan melaporkan kepada agensi kerajaan dalam hal seperti bencana alam atau isu dan permasalahan masyarakat yang tidak dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noor Azmi Yusof (BN- Pertang) berhubung peranan, tugas, tanggungjawab serta kemudahan yang diterima oleh penyelaras Dun pada Sidang Dun Negeri Sembilan ke-14, semalam.

Aminuddin (PKR-Sikamat) berkata, pegawai berkenaan juga akan menyalurkan sebarang permasalahan atau keperluan masyarakat di kawasan Dun kepada agensi kerajaan.

"Mereka juga bertanggungjawab ke atas peruntukan yang disediakan selain bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi pusat khidmat," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment