Tiga mati selepas terjun dari bot
KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendatang asing tanpa izin (Pati) dipercayai warga Indonesia di perairan Tanjung Penyusup, di sini, semalam.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, operasi itu diaktifkan menerusi Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan lima mangsa di pantai Tanjung Penyusup.
âSebuah bot peronda Maritim Malaysia ditugaskan ke kawasan berkenaan bagi membantu menyelamatkan mangsa yang masih hilang selepas menerima mendapat maklumat pada jam 7.03 pagi.
âSiasatan awal terdapat seramai 24 orang Pati terjun dari sebuah bot yang dipercayai hendak masuk ke Malaysia,â katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sanifah berkata, seramai lapan mangsa ditemui termasuklah tiga daripadanya meninggal dunia berusia antara 35 hingga ke 45 tahun.
âLima mangsa iaitu tiga lelaki dan dua wanita selamat manakala mangsa yang meninggal dunia pula adalah dua lelaki dan seorang wanita dalam pencarian membabitkan kawasan sehingga 11 batu nautika persegi di sepanjang perairan Tanjung Penyusup,â katanya.
Menurutnya, operasi SAR tersebut yang diaktifkan pada jam 7.15 pagi turut melibatkan beberapa agensi penyelamat termasuk dari Maritim Malaysia, polis, bomba dan tentera darat dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 36 orang.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment