SPRM sahkan Zahid dipanggil bantu siasatan dua kes

Sunday, July 1, 2018

SPRM sahkan Zahid dipanggil bantu siasatan dua kes

SPRM sahkan Zahid dipanggil bantu siasatan dua kes

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan memanggil Presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi esok bagi membantu siasatan melibatkan dua kes berasingan, esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu hadir di Pejabat SPRM di Putrajaya, 10 pagi esok.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM siasat penyelewengan bekas menteri Umno]

Katanya, SPRM sudah menghubungi Ahmad Zahid, Jumaat lalu, untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

“Beliau dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan dua kes berasingan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Pagi tadi, Ahmad Zahid ketika sidang media pertamanya selaku Presiden Umno memberitahu kehadirannya ke SPRM adalah untuk membuat penjelasan berhubung isu yang dikaitkan dengan yayasan milik keluarganya dan beberapa isu lain yang berbangkit.

[ARTIKLE BERKAITAN: Saya akan beri keterangan SPRM esok]

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan bersedia untuk disoal siasat.

“Pertamanya sebagaimana yang telah tersiar dalam beberapa media cetak dan elektronik bahawa keterangan yang saya akan berikan adalah mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga sendiri, yang tujuannya adalah untuk melakukan kerja-kerja amal jariah, seperti pembinaan masjid, maahad tahfiz, rumah anak-anak yatim dan membuat beberapa aktiviti kebajikan yang lain,” katanya dalam sidang medianya tersebut.

Beliau turut menjelaskan, dana yayasan milik keluarganya itu diperoleh daripada beliau sendiri selain sumbangan kawan-kawan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang pemimpin tertinggi Umno akan dipanggil SPRM bagi menyiasat dakwaan salah guna dana sebuah yayasan.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment