Senapang patah hilang kena kebas
KUALA TERENGGANU - Seorang petani tergamam selepas menyedari senapang patah yang ditinggalkan hanya seketika di bangsal di dalam kebunnya hilang dipercayai dicuri, dalam kejadian di Kampung Kesom, Manir, Rabu lalu.
Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 79 tahun itu membawa senapang patah jenis Steven 12 miliknya ke kebun duriannya.
Bagaimanapun kira-kira jam 12 tengah hari, warga emas itu secara tiba-tiba diserang sakit perut sebelum bergegas ke dalam semak berhampiran untuk melepaskan âhajatâ.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, lelaki berkenaan yang juga pemilik senjata api berlesen bernasib baik kerana sempat mengosongkan senapang patah itu sebelum meninggalkannya di bangsal.
âBeberapa minit kemudian, selesai melepaskan âhajatâ di dalam semak berhampiran, warga emas tersebut pergi ke bangsal bagi mengambil semula senapang patahnya. Bagaimanapun, dia terkejut selepas mendapati senjata api itu sudah tiada sebelum bertindak mencarinya di sekitar kawasan tetapi gagal dikesan.
âSetelah puas mencari di seluruh kawasan berhampiran, dia yakin senjata api miliknya sudah dikebas orang,â katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Idris berkata, bimbang senjata api miliknya disalah guna individu tidak bertanggungjawab, warga emas itu mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya, pada keesokan harinya.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata 1960.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment