VSP di Selangor terima 120,000 penyertaan

Sunday, July 1, 2018

VSP di Selangor terima 120,000 penyertaan


Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Datuk K. Kumaran berkata, jumlah tersebut jauh melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Polis Selangor iaitu 70,000 penyertaan.

“Sambutan masyarakat ke atas aplikasi itu amat menggalakkan kerana mereka mahu membantu polis membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 5,000 aduan dan maklumat daripada orang ramai telah diterima menerusi VSP setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Sehari Bersama Masyarakat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintenden Rahmat Ariffin dan Guru Besar sekolah berkenaan, Hamidi Shariff. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment