PDRM lancar Op Harapan

Sunday, July 1, 2018

PDRM lancar Op Harapan


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, melalui operasi ini, lebih 1,000 anggota dan pegawai akan ditempatkan di 23 kawasan tumpuan ramai di seluruh negara bagi menjaga ketenteraman awam.

Ujarnya, melalui operasi ini sebanyak lima unit PDRM iaitu Unit Pergerakan Udara, Unit Berkuda, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut terlibat dalam penugasan.

“Operasi ini kita akan laksanakan selama sebulan sebagai tempoh percubaan bagi melihat keberkesanannya sebelum ia dilanjutkan dengan meliputi kawasan rondaan yang lebih luas,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan OP Harapan di Pusat Beli Belah Plaza Sterling, Damansara dekat sini hari ini.- UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment