Mahathir ucap tahniah kepada Ahmad Zahid

Sunday, July 1, 2018

Mahathir ucap tahniah kepada Ahmad Zahid

Mahathir ucap tahniah kepada Ahmad Zahid

 

KUAH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kemenangannya menyandang jawatan Presiden Umno semalam.

Beliau berkata, kemenangan itu membuktikan Ahmad Zahid masih disayangi oleh ahli Umno.

Mengulas pertanyaan media mengenai hubungan dengan parti Umno selepas ini, Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) berkata, tiada kerjasama akan terjalin di antara kedua-dua parti berkenaan.

"Kita tak ada kerjasama dengan parti lawan, dulu mereka tak pernah bekerjasama dengan kita.

"Mereka sekat kita macam-macam  sampai kita nak kutip duit pun tak boleh nak ada bank pun tak boleh.

"Kawan- kawan saya yang mana dekat dengan saya pun mereka dera dan semua lari tinggal saya seorang,"katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali membuat lawatan ke pejabat pusat khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City di sini bagi memantau persiapan pejabat.

Turut hadir, Adun Kuah, Mohd. Firdaus Ahmad dan Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment