Pasar Seni Kota bakal jadi tarikan baharu
KOTA TINGGI - Pasar Seni Kota bakal menjadi satu tarikan baharu di daerah ini khususnya buat pelancong mahu mendekati seni yang terdapat dalam negeri Johor.
Pengurus Operasi dan Aktiviti Pasar Seni Kota, Azizul Arshad berkata, beberapa perancangan telah diatur bagi memeriahkan lagi aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, antaranya melalui program pertandingan permainan tradisional seperti teng-teng, congkak dan pelbagai lagi aktiviti sukan bagi menarik golongan belia.
âDi sini juga terdapat kedai perhiasan antik, kraftangan dan pelbagai lagi. Selain itu kedai makanan juga menawarkan makanan Johor seperti lempeng, burasak, ubi rebus sesuai bagi pelancong yang mahu merasakan makanan kita.
âPasar Seni Kota ini merupakan yang kedua selepas Pasar Seni Kuala Lumpur dan apa kita mahu buat adalah sama seperti di Kuala Lumpur dengan menampilkan elemen kesenian bagi menarik pengunjung,â katanya.
Azizul berkata, usahanya bersama peniaga di situ untuk menaikkan kawasan berkenaan mendapat sokongan positif apabila Menteri Besar, Datuk Osman Sapian sudi merasmikan pasar seni berkenaan.
Menurutnya, kesemua peniaga di pasar seni itu merupakan orang Melayu di mana segala usaha dilakukan di kawasan berkenaan adalah hasil kerjasama peniaga sendiri.
âKami tiada dana jadi apa kami lakukan untuk memeriahkan kawasan ini sekali gus menarik kehadiran pengunjung semuanya menggunakan duit tabung.
âKedudukan bangunan ini yang berada di hujung menyebabkan ia agak terpencil. Sebab itu kita minta menteri besar hadir merasmikan yang mana secara tidak langsung orang luar nampak pasar seni ini dan memberi nafas baharu.
âTujuan kami tidak lain adalah untuk membantu peniaga Melayu di sini. Tambahan pula kita maklum peniaga Melayu di daerah ini sekitar 50 peratus sahaja. Jadi satu usaha perlu dilakukan untuk menggiatkan aktiviti ekonomi perniagaan bangsa kita,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment