MAHB peruntuk RM17 juta
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukkan RM17 juta untuk mengalakan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.
Peruntukan itu bertujuan membantu aktiviti pemasaran destinasi yang dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah dan syarikat penerbangan untuk mempromosikan lagi laluan baharu, termasuk Wuhan, Guangzhou, Hangzhou, Shenzen, Taipei dan Singapura, menurut pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataannya baru-baru ini..
Dalam satu kenyataan MAHB berkata, pada separuh pertama 2018, KKIA mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang pada tujuh peratus berbanding tempoh yang sama 2017.
âPertumbuhan yang memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh peningkatan pergerakan trafik penumpang antarabangsa, sekali gus menunjukkan Sabah merekodkan jumlah pelancong yang tinggi sejak beberapa tahun ini,â menurut MAHB.
Pergerakan trafik penumpang antarabangsa meningkat daripada 1.6 juta pada 2014 dan 2015 kepada 2.1 juta pada 2016, iaitu kenaikan 27 peratus.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment