Individu dikesan untuk bantu siasatan kes kemalangan

Monday, January 1, 2018

Individu dikesan untuk bantu siasatan kes kemalangan

Individu dikesan untuk bantu siasatan kes kemalangan

KANGAR - Polis sedang mengesan seorang penunggang motosilkal dikatakan melarikan diri selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal lain yang menyebabkan penunggangnya terbunuh dalam kejadian di pekan Simpang Empat, dekat sini kira-kira jam 1.45 pagi ini.   

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian itu, Mohd Al Afiq bin Roshaidi, 18, dari Mata Ayer, dekat sini dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pesta Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati motosikal digunakan oleh individu yang melarikan diri adalah motosikal curi.

“Penunggang itu dipercayai merempuh motosikal ditunggang Al Afiq semasa  Allahyarham membelok di satu persimpangan.

Al Afiq mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan serta kaki dan tangan,” kata Wari kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau meminta pihak hospital atau klinik yang didatangani individu yang cedera untuk mendapat rawatan  melaporkan kepada polis bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment