Aspek keselamatan pelajar perlu perhatian khusus
YAN - Aspek keselamatan pelajar perlu diberi perhatian khusus terutama ketika berada di kawasan sekolah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong berkata, setiap sekolah perlu mempunyai Peronda Lintasan Sekolah atau dahulunya dikenali sebagai Warden Trafik Sekolah.
"Peronda Lintasan Sekolah ditugaskan untuk membantu murid-murid melintas jalan secara selamat dan terkawal ketika waktu puncak di hadapan sekolah iaitu di sebelah pagi, tengah hari dan petang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan Advokasi Keselamatan Jalan Raya berjaya diadakan dihadapan Sekolah Kebangsaan Kaki Bukit, hari ini.
Pei Hong berkata, rata-rata ibu bapa menganggap langkah pihak sekolah menyediakan khidmat Peronda Lintasan Sekolah sebagai satu tindakan bijak bagi menjaga keselamatan murid-murid ketika melintas jalan.
"Peronda Lintasan Sekolah akan dibekalkan oleh JKJR dengan pakaian seragam berwarna putih, bersarung tangan dan bertopi putih serta menggunakan wisel dan papan tanda 'berhenti' sewaktu bertugas," katanya.
Menurut Pei Hong, walaupun individu yang meminta pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan hanyalah seorang Peronda Lintasan Sekolah, tetapi kuasa yang mereka miliki boleh menyebabkan pengguna yang ingkar berdepan hukuman saman lalu lintas.
"Jika ada pemilik kenderaan, seperti penunggang motosikal atau pemandu kereta yang ingkar terhadap arahan, Peronda Lintasan Sekolah itu boleh menghantar nombor pendaftaran kenderaan dan keterangan kesalahan kepada polis trafik negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment