Nourul Depp hilang suara, batal show
PENYANYI Nourul Depp meluahkan rasa terkilannya apabila terpaksa menarik diri daripada melakukan persembahan di sebuah acara yang berlangsung di Putrajaya hari ini kerana keadaaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Menerusi satu status yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam, Nourul menyatakan dia perlu berehat selama dua minggu daripada menggunakan âsuaranyaâ (menyanyi) kerana mengalami batuk dan selsema yang agaknteruk.
âSebagai penyanyi, jika tiba waktu jatuh sakit dan hilang suara, ia adalah satu mimpi yang amat ngeri. Pasti untuk semua penyanyi, suara adalah aset utama kami. Kemudian barulah wajah badan dan seterusnya.
âTerpaksa mohon diri untuk tidak meneruskan persembahan saya esok di #picc di atas undangan Kementerian dan Jabatan Komunikasi kerajaan Malaysia bagi menghiburkan kesemua pesara-pesara yang pernah bekerja di bawah mana-mana jabatan komunikasi termasuk RTM.
âI was looking forward to this show esok tengahari. Tapi apakan daya, semuanya pinjaman semata. Masa untuk saya berehat untuk dua minggu dari menggunakan suara kerana batuk dan selsema yang sangat sangat teruk,â jelasnya.
Dalam pada itu, penyanyi ini turut merakamkan ucapa terima kasihnya kepada pihak RTM kerana menerima penyanyi yang dipilih untuk menggantikan tempatnya iaitu Ayu Damit.
âTerima kasih tidak terhingga kepada RTM iaitu #nad yang memahami dan menerima artis gantian saya yang saya pilih.
âTerima kasih @ayudamit kerana sudi menjadi penyelamat akak. They will love you as you are one of the best too.
âMaafkan saya sekali lagi kerana tidak dapat menghiburkan semua pesara yang saya pasti rata ratanya kami pernah bekerjasama semasa mereka masih bertugas. Dan pastinya mereka juga adalah mereka yang meminati nyanyian saya,â ucapnya.
Menurut Nourul lagi, sepanjang 22 tahun bergelar penyanyi, ini merupakan kali pertama dia terpaksa membatalkan persembahan kerana hilang suara.
âRezeki itu milik ALLAH. Cuma hanya pada siapa, kita tak tahu. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Jadi , kena terima seadanya.
âDalam 22 tahun menyanyi, ini baru kali pertama saya batalkan kerana hilang suara. Tak pernah berlaku sebegini dan seteruk ini selsema dan batuknya. Memang ini thypoon Mangkut punya effect!
âPaling tak suka kalau buat client kecewa. Lebih-lebih lagi pihak RTM. Never in my dictionary that i would do that. Tak apalah. Sudah tertulis. @ayudamit all the best my dear. See you Soon,â tulisnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment