Kali ini bukan gimik

Friday, September 28, 2018

Kali ini bukan gimik


Kuala Lumpur: Parti Rak yat Malaysia (PRM), semalam mengumumkan Ahmad Kamarudin sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PRM, Koh Swe Yong di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, di sini.

Pengumuman mempertaruhkan calon berusia 42 tahun itu dibuat selepas beberapa hari spekulasi sama ada parti itu akan meletakkan calon atau menarik diri pada saat akhir.

Ahmad sebelum ini dilaporkan pernah menarik diri saat akhir ketika PRK Sungai Kandis atas alasan arahan daripada kepemimpinan tertinggi parti.

Ahmad berkata, beliau tidak akan menarik diri saat akhir kerana berhasrat untuk bersemuka satu lawan satu dengan Presiden PKR.

“Kali ini saya tidak akan berhenti. Ini bukan gimik seperti sebelum ini untuk menarik diri saat akhir.

“Saya tidak gentar melawan Anwar kerana sebelum ini, pernah bertanding melawan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu,” katanya pada sidang media.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment