Yusri belum sedia kibar bendera putih
PEMANGKU jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah belum bersedia kibar bendera putih sekalipun skuad kendaliannya kini di ambang penyingkiran ke pentas Liga Perdana musim depan.
Yusri mengakui kekalahan terbaru kepada juara Liga Super, Johor Darul Taâzim (JDT) semakin menyukarkan peluang The Red Warriors, namun menegaskan perjuangan pasukannya untuk kekal dalam kancah liga elit itu masih belum berakhir.
âKita belum menyerah kalah untuk mengangkat bendera putih walaupun semua pihak menjangkakan perkara ini. Selagi ia belum noktah keputusan wajib kita tidak layak (kekal dalam liga), selagi itu saya terus berusaha dan tidak akan mencari alasan.
âPeluang masih ada walaupun ia agak sukar namun sekiranya gagal sekali pun, kita jangan terlepas peluang beraksi dalam kempen Piala Malaysia. Itu matlamat yang saya rasa relevan berdasarkan situasi ketika ini,â katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Namun berbaki dua perlawanan lagi, tidak sukar meramalkan masa depan Kelantan dengan keputusan pertemuan Melaka dan Selangor, malam ini dan Kuala Lumpur menentang Negeri Sembilan, malam esok mungkin boleh memberi pengesahan awal sama ada skuad pantai timur itu terhumban ke liga kelas kedua musim depan.
Pada aksi di Larkin malam tadi, JDT meraikan kejuaraan liga kali kelima dengan membelasah Kelantan 4-0 menerusi gol Fernando Elizari (m-50), Afiq Fazail (m-56), Safawi Rashid (m-79) dan sepakan penalti Shafiq Rahim (m-85).
Mengulas kekalahan besar pasukannya, Yusri memberitahu, gol pertama Fernando Elizari pada minit ke-50 menjadi titik tolak kemenangan JDT ketika barisan pemainnya beraksi cukup disiplin, sepanjang babak pertama.
âSayangnya gol pertama JDT itu hasil kesilapan pemain saya dan bukan perancangan sistematik lawan yang terkenal dengan corak permainan hantaran pendek satu dua kerana kita telah menutup segala ruang daripada mereka masuk ke kubu kita.
âGol itulah merobohkan pasukan dan merentap semangat pemain walaupun saya sudah ingatkan 15 minit pertama babak kedua cukup mustahak untuk kekalkan momentum kerana saya yakin sekurang-kurangnya boleh kekal 0-0 hingga tamat,â katanya.
Menurutnya, secara realiti, Kelantan jauh ketinggalan berbanding JDT yang sememangnya berada dalam kelas tersendiri meskipun anak buahnya mempamerkan persembahan baik menyaingi kehebatan skuad Raul Longhi.
âSatu pengajaran baik kepada pemain muda, dalam bola sepak kita tidak boleh fokus untuk 45 minit sahaja tetapi perlu lebih beri tumpuan hingga 90 minit masa sebenar,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment