Selangor masih belum selamat

Saturday, July 21, 2018

Selangor masih belum selamat


Turun dengan misi meraih sekurang-kurangnya satu mata, Red Giants bermula garang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi ledakan bintang Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.

Meskipun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun mereka buntu untuk menjaringkan gol sekali gus kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah kembali mengatur gerakan serangan untuk mencari gol penyamaan dan usaha itu berjaya apabila Yahor Zubovich menjaringkan gol pada minit ke-50 namun Selangor kembali di depan apabila pemain gantian D. Kugan bijak memanfaatkan hantaran silang menarik Syahmi Safari pada minit ke-70.

Bagaimanapun, Zubovich sekali lagi menyamakan kedudukan untuk Melaka United selepas bijak menanduk masuk bola sepakan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-83.

Perlawanan yang seakan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 yang bakal memberi Selangor satu mata berharga untuk kekal di liga tidak kesampaian apabila Nicholas Swirad menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah pada masa kecederaan. -UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment